Biology PArt I






Assalammualaikum wbt....since today merupakan cuti sekolah untuk menyambut hari raya berapa hari je lagi.. Jadi aku nak bagi sedikit tips lah sikit walaupun aku belum habis spm lagi...Kalau korang dah baca tajuk ..jadi korang dah boleh teka apa yang aku nak tulis..so here we go....

Sebelum aku start bagi tips ni aku nak cerita lah sikit...aku ni merupakan student sains tulen jadi semestinya aku amik subjek biology ni. Jadi masa form 4 aku ni kurang minat subjek biology sebab mungkin beberapa faktor seperti aku tak faham cara sebenar nak belajar subjek ni. Masa form 4 juga markah aku ni boleh dikatakan antara yang terbawah juga lah sehingga lah akhir tahun form 4 markah still sama saje..

Apabila aku masuk form 5 ni aku mula lah fikir apa yang perlu buat since markah aku form 4 tak berapa baik. Jadi aku tengok cara orang belajar memang berlainan. So apa yang aku boleh sharekan kat korang terutama kepada adik adik form 4 ni ialah;


1. Belajar dalam kumpulan
-Sebenarnya banyak kelebihan bila korang belajar dalam kumpulan antaranya korang akan jadi lebih faham sesuatu topik tapi aku saranakan kalau nak belajar dalam kumpulan tak melebihi 3 orang supaya korang boleh lebih fokus. contohnya kawan korang boleh terangkan topik yang kau tak faham macam pembahagian sel dan kau terangkan kat diaorang topik apa kau master contohnya nutrisi ke dan sebagainya. Masa korang terangkan kau just terangkan apa yang kau faham dan dari situ kau boleh belajar banyak benda sebenarnya..... so dari sini kau boleh belajar balik dan ingat semula apa yang kau dah belajar macam kiranya revision lah.. dan tips ini juga boleh digunakan masa last minit nak exam...sangat berkesan..

2. Sentiasa membuat latihan secara berkesan..

-Cara ni sangat berkesan bila nak dekat exam.. Lebih baik belajar dalam 3 orang contohnya amik satu soalan spm sama ada struktur atau soalan esei.. so kau cari seorang rakan yang pandai subjek ni.. then kau suruh dia terangkan macam mana proses tu berlaku contohnya macam mana oksigen boleh meresap masuk melalui alveolus secara resapan ringkas.. so kau suruh dia terangakan cane proses sel badan boleh dapat oksigen, lepas dia dah terangkan, kau terangkan balik apa yang kau faham kemudian kau jawab soalan tu tulis jawapannya...teknik ni ni sangat berkesan untuk faham proses yang berlaku...pada masa yang sama kau boleh faham lebih mudah dengan cara ni..lepas ni korang dah boleh start buat dengan kawan kawan korang.


3.Belajar Melalui video

-Sekarang ni zaman kan dah canggih korang boleh belajar banyak benda melalui platform youtube dan sebagainya so korang boleh manfaatkan teknologi dengan sebaik mungkin..Korang boleh belajar sesuatu topik melalui youtube cara ni sangat berkesan sebagai revision mungkin korang tak faham masa cikgu ajar tapi mungkin melalui youtube korang boleh belajar dengan lebih faham ..betul tak?
Contohmya korang nak belajar sistem peredaran darah dan limfa melalui youtube so korang akan lebih faham sebab kita ni sentiasa lupa kan..so bila bila masa je korang boleh tengok balik sebab belajar ni tak kira di mana sahaja bukan belajar di kelas sahaja ye...

4.Buat latihan setiap hari..

-cara ni kalau korang rajin korang boleh amik satu soalan dari buku latihan apa apa yang ada jawapan so senang nak check jawapan.. korang cuba buat satu soalan sehari pun takpe sama ada soalan struktur atau esei..lepas buat tu try cari jawapan yang betul..cara ni korang akan terbiasa dengan cara menjawab soalan dengan betul maknanya point yang dikehendaki ada..ataupun korang boleh rujuk cikgu untuk cara jawab yang ada kata kunci .,,


5. Buat nota ringkas..
- Nota ringkas ni sangat berguna bila korang nak buat revision semasa tiba waktu exam..
korang just buat nota yang simple sahaja dengan kata kunci ataupun korang boleh buat dengan pelbagai cara..contohnya korang tak ingat macam mana nak hafal proses pembahagian sel

Pak- profasa
M- metafasa
A-anafasa 
T-telofasa

korang boleh gubakan kata kunci yang sesuai untuk lebih ingat okay...

Okay itu sahaja yang saya kongsikan jika ada tambahan saya akan update selepas ini...
Terima kasih...bye







Ulasan